"Saya adalah seorang agen di bawah agensi yang mewakili Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad & Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat di dalam blog ini hanya sebagai penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya. Ia juga bukan sebahagian daripada polisi. Saya dan Syarikat Prudential Assurance Malaysia Berhad & PruBSN Takaful Berhad tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang saya sampaikan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan agen untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas dan terperinci"

Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum.


Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita pada setiap hari.


Sebenarnya, masih ramai di antara kita belum memiliki Pelan Takaful yang Komprehensif. Ada yang mempunyai pelan takaful hayat sahaja, pelan takaful manfaat kemalangan dan pelbagai jenis pelan yang tidak memberi manfaat kepada kita.


Oleh yang demikian, dapatkannya sekarang di Prudential BSN Takaful.



MILIKI KAD PERUBATAN 3 DALAM 1

- Pembiayaan Kos Perubatan.

- Simpanan Hari Tua / Pendidikan.

- Pampasan Kematian, Kemalangan dan Penyakit Kritikal.

- Pengecualian Cukai Pendapatan.




Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya bila-bila masa:

Amirul Aizzat Bin Ahmad Tarmizi

RFS Consultant

Al Isra' Associates

No H/P: 014-5056037

Prudential BSN Takaful

Tuesday, December 24, 2013

Pelan Perlindungan Lengkap


Assalamualaikum....

Seperti anda baca tajuk artikel ini, saya cuba untuk mengupas seringkas yang mungkin apakah bentuk pelan perlindungan yang lengkap bagi seseorang individu.

Untuk memilih pelan perlindungan yang lengkap, mula-mulanya saya menasihati anda memilih produk takaful dan jauhi produk insurans. Ini kerana takaful adalah pelan perlindungan patuh syariah dan insurans pelan perlindungan tidak patuh syariah. Apakah perbeza antara dua jenis pelan ini, saya akan kupas di artikel lain (klik sini).

Syarikat yang menawarkan pelan perlindungan takaful banyak di Malaysia iaitu PruBSNTakaful, MAA Takaful, Takaful Ikhlas, Etiqa Takaful, Great Eastern Takaful dan sebagainya. Kesemua syarikat ini menawarkan pelan yang lengkap kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Apakah yang dimaksudkan oleh saya pelan perlindungan yang lengkap?. Mari kita sama-sama menelitinya. Bagi saya, saya akan membahagikan pelan ini kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2.


Bahagian 1

Bahagian in kebiasaan disebut sebagai “investment link”. Nama produk Bahagian 1 ini berbeza-beza mengikut syarikat takaful. Bagi PruBSN Takaful dan MAA Takaful Bahagian 1 ini dikenali sebagai Takafulink, Etiqa Takaful dikenali MESRA dan Takaful Ikhlas dikenali IST.

Apakah produk yang telah anda miliki untuk Bahagian 1?
Adakah Takafulink atau MESRA atau IST?

Apakah yang terkandung dalam Bahagian 1? Anda boleh rujuk gambar yang dilampirkan. Bahagian 1 terdiri daripada “life takaful” dan simpanan. Life takaful terdiri daripada unsur pampasan kematian, pampasan sakit kritikal, pampasan hilang anggota atau upaya dan elaun wad.

Bahagian 1 ini akan berfungsi apabila:
  1. setelah peserta meninggal dunia dimana waris peserta akan mendapat manfaat kematian peserta.
  2. setelah peserta disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit krtikal (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) dan peserta akan mendapat pampasan sakit kritikal.
  3. setelah peserta hilang upaya atau anggota badan atau lumpuh akibat kemalangan maka peserta akan memperolehi pampasan ini.
  4. setelah peserta masuk wad minima 6 jam (rujuk ketetapan syarikat masing-masing) peserta akan mendapat elaun wad.
Bahagian 2

Bahagian in dikenali sebagai kad perubatan.

PruBSN Takaful dikenali Takaful Health, MAA Takaful dikenali Smart Medic 100, Takaful Ikhlas dikenali Ikhlas Medic Assist Takaful (IMAT) dan Etiqa Takaful dikenali Mesra Medic. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing serta mampu memberi khidmat yang amat baik kepada pelanggan mereka.

Apakah fungsi kad perubatan ini? Kad perubatan ini digunakan untuk membantu kita menanggung kos rawatan hospital apabila kita memasuki wad untuk rawatan. Sinonim penggunaan kad adalah untuk menanggung kos rawatan sakit krtikal kerana kosnya amat besar.

Sebagai contoh merawat sakit jantung berjumlah RM50,000.00, maka peserta akan menggunakan kad perubatan itu untuk membayar bil rawatan yang dikenakan. Ini adalah sumber bantuan kita yang amat bernilai kerana jika anda tidak memilikinya anda akan menghadapi kesukaran yang amat perit.

Ini kerana anda akan menggunakan semua simpanan, menjual aset, membuat hutang serta memohon bantuan masyarakat semata-mata untuk membayar kos rawatan tadi. Oleh itu, pelan perlindungan yang lengkap haruslah terdiri daripada dua bahagian ini. Kenapa? Saya berikan 3 situasi untuk kita memahami lebih jelas.


Situasi 1 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja)

En. Ahmad telah disahkan menghidapi penyakit jantung dan perlu dirawat. Oleh itu, En.Ahmad telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan doktor menyatakan En.Ahmad perlu menunggu selama 3 bulan untuk mendapatkan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) atau mendapatkan pembedahan segera di hospital pakar. Kos rawatan yang perlu ditanggung adalah RM40,000.00 (di IJN ataupun hospital pakar).

En.Ahmad tidak mempunyai kad perubatan maka En.Ahmad perlu mengumpul wang sebanyak RM40,000.00 untuk rawatannya dengan cara terpaksa mengeluarkan tabungan ASB, TH, KWSP, berhutang dengan ahli keluarga dan rakan serta mohon bantuan orang ramai. Keadaan ini amat memeritkan sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Namun, En.Ahmad boleh membuat tuntutan sakit krtikal daripada syarikat takaful yang beliau langgan. Jumlah pampasan mengikut berapa yang En.Ahmad carumkan. Pampasan ini akan diperolehi setelah berurusan dalam tempoh masa 1 bulan jika semua dokumen tuntutan lengkap (sila rujuk syarikat takaful anda untuk maklumat lebih tepat untuk polisi anda).

Kesimpulannya, jika anda hanya mempunyai Bahagian 1 sahaja anda akan menghadapi kesusahan yang amat apabila ingin mengumpul duit yang banyak untuk mendapat rawatan. Anda harus ingat, setiap detik boleh membuatkan penyakit anda pulih atau menjadi parah. Mendapatkan rawatan yang cepat dapat menyelamatkan keadaan anda.


Situasi 2 (Peserta hanya mempunyai Bahagian 2 sahaja)
En.Kasim hanya mempunyai kad perubatan sahaja. Apabila En.Kasim disahkan menghidapi sakit jantung, beliau terus boleh mendapatkan rawatan di hospital pakar yang beliau sukai.
En.Kasim tidak perlu bersusah payah untuk mengumpul duit yang banyak untuk membayar kos rawatannya malah hanya perlu menyiapkan maksimum RM1000 sahaja (jika pelan PruBSN Takaful) dan selebihnya dibiayai oleh syarikat takaful. Andaikan kos rawatan jantung En.Kasim berjumlah RM50,000.00 dan En.Kasim memiliki kad perubatan di bawahPruBSN Takaful,
En.Kasim hanya membayar RM1000 sahaja dan selebihya (RM49,000.00) akan di bayar oleh PruBSN Takaful. (RM1000 itu adalah untuk bayaran ko-takaful 10% daripada kos rawatan tertakluk minima RM300 dan maksima RM1000)
Kini En.Kasim telah menjalani pembedahan. Namun beliau tidak boleh membuat tuntutan sakit krtikal kerana beliau tidak mempunyai polisi Bahagian 1.

Situasi 3 (Peserta mempunyai Bahagian 1 dan 2)
En.Ismail juga menghidapi sakit jantung seperti mana En.Ahmad dan En.Kasim namun En.Ismail lagi untung daripada mereka. Kenapa? Untuk rawatan En.Ismail menggunakan kad perubatan seperti En.Kasim dan selepas itu En.Ismail menuntut pampasan sakit kritikal, elaun wad, elaun bedah seperti En. Ahmad.
Untung En.Ismail ialah:
  1. tidak bersusah payah hendak mengumpul duit, rawatan PERCUMA
  2. mendapat pampasan untuk digunakan rawatan susulan ataupun menyara keluarganya.
Inilah 3 situasi yang akan berlaku kepada kita jika pelan perlindungan kita tidak lengkap. Anda boleh pilih situasi yang manakah yang anda ingin pilih. Bagi saya Situasi 3 adalah terbaik, Situasi 2 adalah kedua terbaik dan Situasi 1 adalah ketiga terbaik. Ini adalah nasihat saya :
  1. kepada yang tidak mempunyai Bahagian 1 dan 2...silalah mohon sekarang jika anda sayang pada diri anda dan keluarga anda,
  2. kepada yang mempunyai Bahagian 1 sahaja, saya nasihatkan anda mengambil Bahagian 2 untuk melengkapkan pelan perlindungan anda.
  3. kepada yang telah memiliki Bahagian 1 dan 2 saya ucapkan TAHNIAH!!! kerana anda telah bertindak bijak dalam pengurusan menyelamatkan wang dan diri anda!!!
Saya telah memiliki pelan perlindungan lengkap di bawah pelan Takafulink dan Takaful Health PruBSN Takaful. Mengapa PruBSN Takaful? Saya telah mendapat kelebihan itu dan saya rasa patut berkongsi dengan anda supaya kita sama-sama dapat merasainya. SESUATU YANG MENARIK YANG SAYA INGIN KONGSIKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMILIKI BAHAGIAN 1 DAN 2. Anda boleh ikuti kupasan saya di artikel ini.
Untuk dapatkan pelan perlindungan lengkap PruBSN Takaful, anda boleh hubungi saya di talian 0145056037 atau email : aizzatprubsn@gmail.com
Sekian terima kasih

KO-TAKAFUL 10% ATAU ZERO-DEDUCTABLE 0%


Assalamualaikum

Bagi pemegang / bakal pemegang kad perubatan PruBSN Takaful anda ada dua pilihan untuk memilih plan yang ada Ko-Takaful ATAU Zero Deductable.

Bahasa mudah Ko-Takaful ini ialah perkongsian bayaran kos bil rawatan antara peserta takaful dan syarikat pengendali takaful yang dilantik.

Bagi PruBSN Takaful, peserta memilih Ko-Takaful akan diminta membayar 10% daripada bil dan tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1000.

Ko-Takaful ini saya istilahkan sebagai kos peserta dan perlu dikembalikan semula :-) . Maka dengan ELAUN WAD kos ini dapat diselesaikan.

Bagi Zero Deductable, tiada perkongsian bayaran maka ini PruBSN Takaful akan membayar penuh kos bil yang dikenakan.

Tiada kos perlu dikeluarkan oleh peserta.

Kita lihat bagaimana pengiraan pembahagian bayaran dan cara atasi masalah ini.

Andaikata polisi peserta ini mempunyai Elaun Wad RM200 sehari dan mendapat rawatan selama 6 hari bil RM5000 di salah sebuh hospital PAKAR.

Bil RM5000 X10% = RM500 (maka client bayar kos ini)

ELaun wad RM200 x 6hari = RM1200 (Kebiasaan selepas 2 minggu dapat cek ini)

Maka, Elaun - Kos = RM1200 - RM500 = RM700 (tunai ditangan untuk digunakan sebagai PENGGANTIAN INCOME semasa sakit kerana tidak bekerja & ambil cuti sakit :-) )

Namun jika kes ZERO DEDUCTABLE maka tiada kos. Oleh itu RM1200 (elaun wad) adalah 100% tunai ditangan peserta.

Namun katakan kes ini adalah KES KEMALANGAN. Ko-takaful tadi peserta boleh claim semula...kiraan menjadi begini

Ko-Takaful RM500 (kos peserta) [CLAIM SEMULA - BIASA SELEPAS 2 MINGGU DAPAT CEK]

Elaun Wad RM1200 + claim ko-takaful RM500 = RM1700
 Wang tunai = Rm1700 - RM500 = RM1200 (Oleh itu, kes kemalangan ia 100% walaupun pelan ko-takaful)

Bayaran bulanan ke dua plan ini adalah berbeza. Ia mengikut umur. Untuk tahu perbezaan boleh PM saya di 0145056037 Terima Kasih

Tuesday, March 26, 2013

SENARAI HOSPITAL PANEL BUAT PEMILIK MEDICAL CARD




Assalamualaikum wbt.

Semoga Allah sentiasa memberikan kita semua kesihatan yang sempurna dan melindungi kita dari pelbagai penyakit yang merbahaya.
Prudential BSN Takaful menyediakan LEBIH DARI 66 buah HOSPITAL PANEL kepada pemilik  MEDICAL CARD mereka.
Berikut adalah senarai HOSPITAL PANEL Prudential BSN Takaful untuk memudahkan kita mendapat rawatan sekiranya ditimpa penyakit atau terlibat dengan kemalangan;
 
 

1) SELANGOR
  • AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
  • KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL
  • PANTAI HOSPITAL KLANG
  • SRI KOTA MEDICAL CENTRE
  • ASSUNTA HOSPITAL
  • DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
  • SUNWAY MEDICAL CENTER
  • COLUMBIA ASIA SDN BHD
  • KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL
  • DEMC SPECIALIST HOSPITAL
  • SIME DARBY MEDICAL CENTRE SUBANG JAYA
2) KUALA LUMPUR
  • PANTAI HOSPITAL KUALA LUMPUR Bukit Pantai
  • PANTAI CHERAS MEDICAL CENTRE
  • TUNG SHIN HOSPITAL
  • SENTOSA MEDICAL CENTRE
  • GLENEAGLES HOSPITAL KUALA LUMPUR
  • INSTITUT JANTUNG NEGARA
  • HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD
  • TAWAKAL HOSPITAL
  • PRINCE COURT MEDICAL CENTRE
  • PANTAI HOSPITAL AMPANG
3) JOHOR
  • PANTAI HOSPITAL BATU PAHAT
  • PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (BATU PAHAT)
  • MEDICAL SPECIALIST CENTRE (JB) – WISMA MARIA
  • PUTERI SPECIALIST CENTER
  • JOHOR SPECIALIST HOSPITAL
  • KEMPAS MEDICAL CENTRE
  • PUSAT PAKAR KLUANG UTAMA
  • HOSPITAL PENAWAR – Pasir Gudang
4) PULAU PINANG
  • HOPE CHILDREN HOSPITAL (SG ARA)
  • BAGAN SPECIALIST CENTRE
  • KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
  • PANTAI MUTIARA HOSPITAL
  • PENANG ADVENTIST HOSPITAL
  • TANJUNG MEDICAL CENTRE
  • LOH GUAN LYE SPECIALIST CENTRE
  • GLENEAGLES MEDICAL CENTRE
  • LAM WAH EE HOSPITAL
  • HOPE CHILDREN HOSPITAL (FARLIM)
  • ISLAND HOSPITAL
5) MELAKA
  • MAHKOTA MEDICAL CENTRE
  • HOSPITAL PANTAI AYER KEROH
6) NEGERI SEMBILAN
  • NILAI CANCER INSTITUTE
  • SENAWANG SPECIALIST HOSPITAL
  • COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE S’BAN
  • SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL
  • NS CHINESE MATERNITY MEDICAL CENTRE
7) PERAK
  • PANTAI PUTRI IPOH
  • IPOH SPECIALIST HOSPITAL
  • FATIMAH HOSPITAL
  • COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE TAIPING
  • APOLLO MEDICAL CENTRE TAIPING
8) KEDAH
  • KEDAH MEDICAL CENTER
  • METRO SPECIALIST HOSPITAL SP
  • HOSPITAL PANTAI UTARA SUNGAI PETANI
9) KELANTAN
  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
  • KOTA BHARU MEDICAL CENTE
  • PERDANA SPECIALIST HOSPITAL
10) TERENGGANU
  • KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL
11) PAHANG
  • KUANTAN MEDICAL CENTRE
  • KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL
12) SABAH
  • SABAH MEDICAL CENTRE
  • DAMAI SPECIALIST CENTRE
  • RAFFLESIA MEDICAL CENTRE
13) SARAWAK
  • NORMAH SPECIALIST MEDICAL CENTRE
  • KUCHING SPECIALIST HOSPITAL
  • TIMBERLAND MEDICAL CENTRE
  • COLUMBIA MEDICAL CENTRE MIRI
  • REJANG MEDICAL CENTRE SIBU
  • SIBU SPECIALIST MEDICAL CENTRE

Jika tuan/puan masih belum memiliki MEDICAL CARD Prudential BSN Takaful, dapatkannya SEKARANG!

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya bila-bila masa:
Amirul Aizzat Bin Ahmad Tarmizi
RFS Consultant
Al Isra' Associates
No H/P: 014-5056037
Prudential BSN Takaful